Terma dan Syarat
Pertandingan Mewarna Haloje 2025
"Pertandingan Mewarna Haloje 2025" ("Pertandingan") dianjurkan oleh Techzilla Global Solution Sdn Bhd ("Syarikat") dan tertakluk kepada terma dan syarat berikut.
1.Tempoh Pertandingan
Pertandingan ini akan berlangsung dari 15 Oktober 2025 sehingga 31 Oktober 2025 ("Tempoh Pertandingan").
2.Kelayakan Pertandingan
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelanggan Haloje Delivery yang memenuhi kriteria berikut:
- Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.
- Penyertaan di bawah pengawasan Ibu bapa atau Penjaga
- Nombor telefon yang digunakan untuk penyertaan perlu aktif dan boleh dihubungi semasa tempoh Pertandingan .
- Kawasan yang terlibat adalah di Semenanjung Malaysia,Sarawak dan Sabah sahaja.
3.Peserta Tidak Layak
Individu berikut tidak layak menyertai Pertandingan ini:
- Pengarah, pekerja tetap, kontrak, atau sementara Syarikat.
- Individu yang disyaki terlibat dalam salah laku, penipuan, atau perbuatan salah berkaitan pesanan Halo Delivery atau Halo Express.
4.Cara Penyertaan
Untuk menyertai Pertandingan, pelanggan perlu:
- Mengisi borang penyertaan yang telah diberikan oleh Admin
- Muat turun gambar lukisan asal daripada Facebook @Haloje delivery
- Mewarna lukisan yang diberikan mengikut kreativiti masing-masing
- Hanya penggunaan alatan mewarna tradisional sahaja dibenarkan seperti pensil warna, krayon, dan cat air sahaja.
- Selepas siap, Ibu bapa atau Penjaga peserta perlu menghantar gambar hasil mewarna ke nombor telefon yang tertera.
- Ibu bapa atau Penjaga juga perlu menyerahkan gambar peserta memegang lukisan tersebut dan sebuah video pendek dalam durasi 10 saat atau lebih yang menunjukkan peserta sedang mewarna lukisan ini
- Ibu bapa atau Penjaga juga perlu sertakan nombor telefon, nama dan umur peserta.
- Ibu bapa atau Penjaga perlu muat naik gambar lukisan yang sudah siap ke Facebook dan tag akaun Haloje@Haloje delivery
- Membenarkan rider Halo Delivery mengambil gambar dan muat naik gambar tersebut di media sosial sekiranya dipilih sebagai pemenang
5.Hadiah
Pemenang akan dipilih oleh sistem automatik semasa Tempoh Kempen. Hadiah adalah:
- Pemenang Pertama: RM200 dan merchandise eksklusif (tunai dan Halo wallet)
- Pemenang Kedua: RM100 dan merchandise ekslusif (tunai dan halo wallet)
- Pemenang Ketiga: RM50 dan merchandise ekslusif (tunai dan halo wallet)
Pemenang TIDAK dibenarkan untuk memindahkan wang yang telah dimenangi ini ke dalam akaun bank atau Ewallet
6.Terma dan Syarat Tambahan
- Dengan menyertai Kempen, semua peserta bersetuju untuk:
- Mematuhi semua terma dan syarat ini.
- Memberikan persetujuan untuk pengumpulan, pemprosesan, dan penggunaan data peribadi mereka oleh Syarikat.
- Syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi. Dalam tempoh kempen dijalankan , Syarikat berhak untuk memilih pemenang lain.
- Hadiah boleh dibatalkan jika percubaan menghubungi pemenang tidak berjaya atas apa-apa sebab.
- Keputusan Syarikat mengenai pemilihan pemenang adalah muktamad, dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.
- Pemenang memberikan kebenaran kepada Syarikat dan rakan kongsinya untuk menggunakan nama, gambar, dan/atau imej mereka untuk tujuan pengiklanan dan promosi tanpa bayaran tambahan
6.Perubahan Terma dan Syarat
Syarikat berhak untuk meminda, menyemak, menambah, memadam, atau mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
